Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Tan, Siew & Lee (“TSL Legal”) (satu perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di Unit V8, Q Sentral, Level 35-02 (East Wing), 2A, Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral, 50470) menggunakan Data Peribadi anda.
Dengan melantik TSL Legal untuk memberikan perkhidmatan atau dengan berhubung dengan TSL Legal sama ada di acara, persidangan, seminar, ceramah atau sebaliknya, atau dengan menggunakan laman web TSL Legal (“Laman Web”), anda bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh TSL Legal dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh TSL Legal.
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. TSL Legal berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di Laman web. Tindakan terus berkomunikasi dengan TSL Legal atau dengan terus menggunakan perkhidmatan TSL Legal berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut. 
Pengutipan Data Peribadi

1. “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang anda telah berikan kepada TSL Legal, seperti nama, alamat, nombor telefon, No KP, No Paspot, alamat e-mel, rujukan peribadi anda, butir-butir pasangan atau ahli-ahli keluarga anda dan maklumat bank akaun dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau akan dikutip, disimpan, digunakan dan diproses oleh TSL Legal dari semasa ke semasa. 

2. Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada TSL Legal secara langsung (contohnya semasa anda berkomunikasi dengan TSL Legal, apabila anda melantik TSL Legal untuk memberi perkhidmatan atau semasa mengemukakan borang pemohonan, ‘curriculum vitae’ dan resume anda), TSL Legal juga mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang acara, persidangan, seminar atau ceramah yang diatur atau ditaja oleh TSL Legal dan/atau daripada cookies yang digunakan di Laman Web.

3. Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Namun, jika anda tidak berikan Data Peribadi anda, TSL Legal mungkin tidak dapat i) berkomunikasi dengan anda; ii) menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan; atau (iii) mengakses seksyen tertentu pada Laman Web di mana log masuk dikehendaki.

4. Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikutip melalui cookies di Laman web, anda boleh menyahaktifkan cookies.

Tujuan Pemprosesan 
5. TSL Legal boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan TSL Legal yang termasuk, dan tidak terhad kepada:-
a. Untuk berkomunikasi dengan anda;
b. Untuk menjawab soalan-soalan dan ulasan daripada anda;
c. Untuk tujuan pentadbiran dalaman;
d. Untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan, termasuk pendedahan kepada Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (“AGD”) maklumat anda seperti yang dikehendaki menurut Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan peraturan-peraturan sekiranya terdapat apa-apa wang yang tidak dituntut oleh anda;
e. Untuk TSL Legal mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;
dan anda bersetuju dan mengizinkan TSL Legal untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda menurut cara sebagaimana yang dikenalpastikan dalam Notis ini.
Tujuan lain 
6. TSL Legal boleh juga menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti:- 
a. Untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti surat berita, artikel, penulisan serta pengemaskinian yang lain;
b.  Untuk mengedar maklumat atau butir-butir acara, seminar, persidangan dan ceramah yang mungkin anda minati;
c. Untuk menghantar sebagai perujuk berpotensi kepada (i) editor/penyelidik di penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf; (ii) pelanggan-pelanggan berpotensi yang meminta perujuk untuk kerja terdahulu dalam Permohonan untuk Cadangan, tender, penyerahan;
melalui e-mel atau mel.
7. Jika anda tidak bersetuju dengan TSL Legal memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 6, sila maklum kepada TSL Legal dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 di bawah. 
Pemindahan Data Peribadi
8. Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan pelayan mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindah keluar dari Malaysia untuk tujuan sebagaimana yang diperihalkan dalam Seksyen 6(c) di mana penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf dan/atau pelanggan-pelanggan berpotensi berada di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang diperihalkan di sini.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
9. TSL Legal boleh melantik syarikat-syarikat, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak TSL Legal, dan sebagai akibat boleh menyediakan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga sebagaimana yang disenaraikan di bawah dan tidak terhad kepada:
a.  Penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
b.  Penyedia-penyedia perkhidmatan kemasukan data;
c.  Penyedia-penyedia kemudahan simpanan;
d. Bank dan institusi kewangan;
e.  Penyedia-penyedia insurans;
f. Sebarang penasihat profesional dan juruaudit luar;
g. Pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan, termasuk kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 di atas.
Akses & Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan
10. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada,  atau untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau memohon maklumat lanjut berkenaan pemprosesan Data Peribadi anda daripada TSL Legal dengan menghubungi:-
Pegawai PDP
Unit V8, Q Sentral, Level 35-02 (East Wing), 2A, Jalan Stesen Sentral 2,
KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telephone No.: +603 2731 9270
11. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, TSL Legal berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti apabila pemberian akses adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda.
English version.